28 February 2010

Penghuni Dan Pelajaran

Walaupun penghuni berlajar dalam serba kekurangan,namun pada PMR yang lepas asrama ini berjaya melahirkan pelajar bagi saya agak okay.Pelajar ini mendapat 3A dalam PMR 2009, manakala bagi pelajar yang lepas dua penghuni dari asrama ini berjaya dalam bidang masing-masing. Seorang penghuni kini sedang belajar di Universiti Al-Azhar Mesir manakala seorang lagi di Universiti Islam Antarabangsa(UIA).

Tahniah kepada mereka.

Terima Kasih LC4V Club





Sekitar gambar kenangan LC4V Motor Club bersama anak yatim.

Renungkanlah Kata-Kata Ini



Anak-anak muda ini sanggup korbankan masa dan wang ringgit mereka untuk membantu anak-anak yatim di Asrama Aman...Bagaimana dengan anda? Sumbangan anda dalam membantu asrama ini untuk mencari dana amatlah diharapkan...

Terima kasih LC4V Club atas usaha anda mengumpulkan dana dan menjayakan program di asrama ini

Program Dan Sumbangan

Untuk Mac 2010 kami mengalu-alukan tuan/puan atau kumpulan yang ingin mengadakan program amal boleh hubungi pihak pentadbiran ini.

23 February 2010

Aktiviti Mingguan



Setiap Jumaat kami adakan gotong royong...maklumlah kami dekat sini tak ada Tukang Kebun...Oleh itu terpaksalah Penyelia,Warden dan anak2 yang uruskan.

Bilik Bacaan


Sebahagian daripada penghuni asrama sedang mengulangkaji pelajaran. Bilik ini juga dijadikan bilik ICT penghuni

19 February 2010

Tidur Bertemankan Hujan


Walaupun asrama ini indah dari luar, ramai yang sangka kami ni "Orang Kaya" tapi tahukah anda anak2 yang ada disini kekadang terpaksa tidur dalam hujan. Bumbung tempat tinggal penghuni semakin hari semakin bocor. Walaupun ada usaha yang dilakukan untuk mengurangkan bocor namun keadaan bumbung yang uzur tetap uzur. Ibarat
'kulit kalau dah tua makin mengendur walaupun dah letak BOtox begitulah keadaan bumbung asrama"
Jesteru saya mempelawa tuan/puan datang dan lihat sendiri....

Saya juga ingin mengucapkan TERIMA KASIH yang tak terhingga kepada sebuah Syarikat Hartanah di Sg Petani yang perihatin kerana membaiki bumbung di Surau Asrama ini.
Semoga ALLAH memberi rahmat dan rezeki kepada tuan empunya syarikat. Berkat doa anak2 yatim ini semoga usaha murni syarikat tersebut diberi pahala yang berlipat ganda.

Tahniah



terima kasih kepada Cikgu Adi atas sumbangan anda mengajar anak-anak dari asrama ini...
dan TAHNIAH dan SELAMAT PENGANTIN BARU dari kami seluruh warga Asrama AMAN.

*** beliau telah bergelar Suami pada 16 Feb 2010.

HEBATNYA



"mereka bukan sahaja hebat di atas Kapal dan Bot Peronda malah mereka juga Hebat Bermotorsikal"

Terima kasih buat seluruh warga APAMM dan SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN AGENSI MARITIM KALI KE-5

KONVOI AGENSI MARITIM MALAYSIA ( APAMM )



Mereka bukan sahaja menjaga perairan kita, malah mereka juga berjiwa murni.
Terima kasih buat Warga APAMM yang terlibat dengan Majlis Konvoi Amal dan Gotong Royong.

thanks to Tuan Zainal

TERIMA KASIH INTEL KULIM


Terima kasih yang tak terhingga buat kakitangan INTEL Kulim terutamanya Puan Yati kerana beliau dan En Hisyam telah membantu kami untuk mendapatkan Notebook untuk Asrama AMAN

Masalah

Masalah yang di hadapi di peringkat asrama ialah masalah melibatkan sumber kewangan yang tidak mencukupi bagi menjalankan aktiviti yang melibatkan penghuni. Di sini disenaraikan 4 masalah umum. Masalah ini menyebabkan banyak aktiviti yang dirancang tidak dapat dilaksanakan kerana tiada peruntukan oleh pihak pentadbiran iaitu Pertubuhan Amanah Masyarakat Dan Mendidik Anak-Anak Yatim Dan Miskin, Baling. Masalah ini juga ini menyebabkan keperluan asas juga tidak dapat disediakan di asrama. Berikut adalah senarai 3 masalah umum :-


1.MASALAH SUMBER PENDAPATAN

Pihak asrama hanya menerima geran tahunan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat hanya RM 14,000.00 setahun. Geran yang disalurkan ini digunakan untuk membayar wang saku pelajar setiap hari persekolahan, penyelenggaraan asrama, elaun pekerja, guru kelas bimbingan dan bayaran masakan. Anggaran bagi kos tahunan adalah sebanyak RM 25 ribu hingga 30 ribu setahun. Buat masa kini pihak asrama telah menyediakan profail asrama bagi tujuaan mencari dana bagi menampung perbelanjaan asrama.


2.KEPERLUAN PEMBELAJARAN


Untuk pengetahuan, buat masa kini pelajar terpaksa menggunakan kantin sebagai tempat untuk belajar. Ini kerana kami masih tidak mempunyai kerusi serta meja untuk belajar.
Selain daripada itu juga pihak asrama juga amat memerlukan komputer bagi keperluan pejabat serta kelas komputer untuk pelajar. Harapan kami di sini sekiranya pelajar tersebut dapat melanjutkan pelajaran ke IPT dengan asas menggunakan komputer maka ianya memudahkan pelajar tersebut.

3.TENAGA SUKARELA

Buat masa kini pihak pentadbiran hanya menempatkan seorang penyelia dan seorang warden bagi menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan di asrama..Pihak kami juga kurang tenaga sukarela bagi membantu menguruskan asrama, tenaga kerja yang masih lagi dipelukan adalah seperti berikut:-

a.tukang kebun.

b.guru bimbingan.





Kemudahan Sediaada

  • keadaannya di sini dari segi keselesaan penghuni kurang selesa jika ingin dibandingkan dengan asrama sekolah yang lain. Peralatan seperti katil dan almari yang penghuni yang usang dan kelengkapan pejabat yang tidak lengkap tidak menghalang kami untuk meneruskan kehidupan harian kami di asrama ini.
  • Untuk makluman umum surau yang ada di asrama ini adalah surau sementara ia hanya mampu menempatkan 30 jemaah sahaja dan surau tersebut juga tidak mampu menampung jemaah yang ramai sekiranya ada lawatan ke asrama, tambahan pula surau tersebut hanya mampu untuk menempatkan jemaah lelaki sahaja. Surau ini pada asalnya dijadikan pejabat pentabiran dan memandangkan blok asrama yang kosong kini dijadikan dewan maka surau tersebut di pindahkan ke tempat yang ada sekarang.
  • Dewan makan asrama pula dijadikan tempat untuk penghuni mengulangkaji pelajaran selain dijadikan tempat makan pelajar. Ini kerana pihak kami kekurangan peralatan seperti meja dan kerusi, maka kemudahan bilik bacaan tidak dapat disediakan untuk kemudahan pelajar walaupun mempunyai bilik kosong yang cukup.

Program Sediaada

  • Kompleks asrama ini sentiasa mengambil berat soal kebajikan penghuninya. Dengan sumber kewangan yang terhad namun diatas kerjasama pihak pentadbiran asrama beberapa aktiviti luar dapat jua dijalankan diasrama ini. Selain daripada aktiviti harian, aktoviti luar seperti kelas tambahan, kelas agama, kuiz pengetahuan am, cerama motivasi dan kaunseling juga turut diadakan diatas inisiatif penyelia dan juga warden asrama.


  • Setiap tahun pihak pentadbiran asrama menyediakan pelan rancangan tahunan dimana pelan ini disediakan oleh penyelia asrama agar setiap program yang dijalankan bersesuaian dengan tema serta masa. Untuk kelas agama pula setiap malam diadakan Kuliah Maghrib. Di mana waden asrama sendiri yang menyampaikannya.

  • Walaubagaimana pun sesetengah program tidak dapat dilaksanakan memandangkan tiada peruntukan oleh pihak pengurusan pertubuhan AMAN. Di antara program yang masih tertunda hingga sekarang ialah kelas komputer, kem motivasi ( luar kawasan asrama ) dan lawatan sambil belajar di luar kawasan Negeri Kedah.

18 February 2010

Objektif

  • Membantu anak-anak yatim dan miskin yang terpinggir dalam bidang pendidikan
  • Membantu golongan miskin yang tidak mampu member peluang pendidikan formal kepada anak-anak
  • Membantu dan mendidik penghuni dalam hal-hal yang berkaitan agama sahsiah dan pendidikan formal agar mereka menjadi golongan yang berakhlak dan berpelajaran serta dapat menjadi contoh kepada masyarakat.


Latar Belakang

  • Mula beroperasi pada September 2000 di mana jumlah penghuni pada ketika itu seramai 12 orang. Mereka ini terdiri daripada pelajar yang diketegorikan sebagai yatim dan miskin sekitar daerah Baling.
• Dikelolakan oleh Pertubuhan Amanah Masyarakat dan Mendidik Anak-Anak Yatim Dan Miskin Daerah Baling di bawah naungan Pejabat Daerah Baling di Pegawai Daerah Baling merupakan Pengerusi Pertubuhan. Manakala Ex-officonya dilantik di kalangan ketua-ketua jabatan di daerah Baling.
• Sumber kewangan asrama adalah melalui geran tahunan Jabatan Kebajikan Malaysia. Manakala selebihnya adalah sumbangan dari orang ramai
• Asrama ini mempunyai dua buah blok bangunan,sebuah blok dewan makan. Setiap blok mampu mengisi 50 penghuni dalam satu-satu masa. Pihak asrama hanya menggunakan satu blok sahaja yang dijadikan dorm penghuni manakala satu blok lagi dijadikan garaj untuk menyimpan basikal pelajar. Manakala dewan makan pula selain dijadikan tempat untuk penyediaan makan ia juga dijadikan tempat untuk pelajar mengulangkaji pelajaran mereka.


Pada tahun ini, jumlah penghuni asrama seramai 17 org yang tinggal di asrama, sedangkan permohonan dan jumlah anak yatim di Daerah Baling agak ramai. Jesteru itu kami merayu sekiranya tuan/puan dapat menyumbang terus ke tabung kami, supaya lebih ramai anak2 yatim dapat dibela nasib mereka.
Insyaallah

Sabda Nabi

Daripada Abu Hurairah r.a : Bahawa Nabi SAW telah bersabda " Setiap anggota manusia harus membuat sedekah setiap hari apabila matahari terbit. Engkau mendamaikan antara dua orang adalah sedekah. Dan engkau menolong seseorang menaiki tunggangannya atau pun engkau menolong mengangkat baginya barang-barang ke atas tunggangnya adalah sedekah, dan perkataan yang baik itu sedekah. Dan pada tiap-tiap langkah menuju ke tempat sembahyang adalah sedekah. Dan engkau menjauhkan bahaya dari jalan laluan juga menjadi sedekah. "

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi SAW, dari Nabi SAW, yang bersabda : " Barangsiapa yang melapangkan seorang mukmin suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskan dirinya dari suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan di hari kiamat.

Pengenalan

Assalamualaikum....

Syukur ke hadrat Illahi, akhirnya blog ini dapat jua disiapkan untuk tatapan kita bersama. Semoga dengan kunjungan dari tuan/puan para dermawan sedikit sebanyak dapat membantu Pihak Pengurusan Asrama Aman ini dapat mengumpul dana dan membantu golongan anak-anak yatim dan miskin yang ada di daerah Baling.