Kemudahan Sediaada
- keadaannya di sini dari segi keselesaan penghuni kurang selesa jika ingin dibandingkan dengan asrama sekolah yang lain. Peralatan seperti katil dan almari yang penghuni yang usang dan kelengkapan pejabat yang tidak lengkap tidak menghalang kami untuk meneruskan kehidupan harian kami di asrama ini.
- Untuk makluman umum surau yang ada di asrama ini adalah surau sementara ia hanya mampu menempatkan 30 jemaah sahaja dan surau tersebut juga tidak mampu menampung jemaah yang ramai sekiranya ada lawatan ke asrama, tambahan pula surau tersebut hanya mampu untuk menempatkan jemaah lelaki sahaja. Surau ini pada asalnya dijadikan pejabat pentabiran dan memandangkan blok asrama yang kosong kini dijadikan dewan maka surau tersebut di pindahkan ke tempat yang ada sekarang.
- Dewan makan asrama pula dijadikan tempat untuk penghuni mengulangkaji pelajaran selain dijadikan tempat makan pelajar. Ini kerana pihak kami kekurangan peralatan seperti meja dan kerusi, maka kemudahan bilik bacaan tidak dapat disediakan untuk kemudahan pelajar walaupun mempunyai bilik kosong yang cukup.
No comments:
Post a Comment