18 February 2010

Latar Belakang

  • Mula beroperasi pada September 2000 di mana jumlah penghuni pada ketika itu seramai 12 orang. Mereka ini terdiri daripada pelajar yang diketegorikan sebagai yatim dan miskin sekitar daerah Baling.
• Dikelolakan oleh Pertubuhan Amanah Masyarakat dan Mendidik Anak-Anak Yatim Dan Miskin Daerah Baling di bawah naungan Pejabat Daerah Baling di Pegawai Daerah Baling merupakan Pengerusi Pertubuhan. Manakala Ex-officonya dilantik di kalangan ketua-ketua jabatan di daerah Baling.
• Sumber kewangan asrama adalah melalui geran tahunan Jabatan Kebajikan Malaysia. Manakala selebihnya adalah sumbangan dari orang ramai
• Asrama ini mempunyai dua buah blok bangunan,sebuah blok dewan makan. Setiap blok mampu mengisi 50 penghuni dalam satu-satu masa. Pihak asrama hanya menggunakan satu blok sahaja yang dijadikan dorm penghuni manakala satu blok lagi dijadikan garaj untuk menyimpan basikal pelajar. Manakala dewan makan pula selain dijadikan tempat untuk penyediaan makan ia juga dijadikan tempat untuk pelajar mengulangkaji pelajaran mereka.


Pada tahun ini, jumlah penghuni asrama seramai 17 org yang tinggal di asrama, sedangkan permohonan dan jumlah anak yatim di Daerah Baling agak ramai. Jesteru itu kami merayu sekiranya tuan/puan dapat menyumbang terus ke tabung kami, supaya lebih ramai anak2 yatim dapat dibela nasib mereka.
Insyaallah

1 comment:

  1. tahniah buat penyelia kerana berjaya mewujudkan lawan web bagi tatapan semua. kepada penyelia rumah aman ini selamat bertugas, teruskan usaha dalam membantu anak bangsa, insyaalah ramai lagi warga perihatin yang akan membantu.

    mantan pegawai sukan baling.

    ReplyDelete