19 February 2010

Tidur Bertemankan Hujan


Walaupun asrama ini indah dari luar, ramai yang sangka kami ni "Orang Kaya" tapi tahukah anda anak2 yang ada disini kekadang terpaksa tidur dalam hujan. Bumbung tempat tinggal penghuni semakin hari semakin bocor. Walaupun ada usaha yang dilakukan untuk mengurangkan bocor namun keadaan bumbung yang uzur tetap uzur. Ibarat
'kulit kalau dah tua makin mengendur walaupun dah letak BOtox begitulah keadaan bumbung asrama"
Jesteru saya mempelawa tuan/puan datang dan lihat sendiri....

Saya juga ingin mengucapkan TERIMA KASIH yang tak terhingga kepada sebuah Syarikat Hartanah di Sg Petani yang perihatin kerana membaiki bumbung di Surau Asrama ini.
Semoga ALLAH memberi rahmat dan rezeki kepada tuan empunya syarikat. Berkat doa anak2 yatim ini semoga usaha murni syarikat tersebut diberi pahala yang berlipat ganda.

1 comment:

  1. saya pernah datang melawat...saya rasa apa yang dikatakan tu betul.....bumbung yg ada tu dah tak sesuai dan pada pandangan saya kalau dibaiki pun masalah sama akan berulang

    ReplyDelete