29 August 2010

Majlis Berbuka Puasa LSG Sky Chefs Brahim






LSG Sky Chefs Brahim merupakan penganjur yg terbaik pada ramadan kali ini...selain daripada sumbangan mereka juga turut menghantar pekerja mereka untuk turut serta bersama kami membersihkan asrama sebelum majlis diadakan..Turut hadir bersama ialah GM mereka iaitu MR Peter dan beliu turut menanam pokok buah sebagai tanda kenang-kenangan.

Majlis Berbuka Puasa Uitm P.Pinang





Majlis Berbuka Puasa Emerald Puteri



18 July 2010

Ramadan al-Mubarak

Assalamualaikum....
Sempena bulan Ramadan yang bakal tiba pihak kami mengalu-alukan sumbangan dari tuan dan puan..Selain itu sesiapa yang ingin mengadakan atau menganjurkan majlis berbuka puasa bersama anak-anak yatim dan miskin boleh hubungi saya bagi mengtur jadual untuk berbuka puasa. Sebarang pertanyaan boleh hubungi saya..

14 July 2010

SMK Abdullah Munshi






Pada 10 Julai baru2 ini pihak kami telah menerima kunjungan dari Pelajar Tingkatan 6 SMK Abdullah Munshi.... dalam pertemuan ini pelbagai aktiviti telah diadakan bagi meraikan adik-adik dari Asrama AMAN seperti sukaneka,ice breaking dan pelbagai lagi acara. Selain dari itu pihak SMK Abdullah Munshi juga telah mengadakan satu kutipan amal berupa makanan untuk disumbangkan kepada pihak kami.
Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada pelajar2 terbabit kerana berminat untuk melakukan kerja2 amal.

10 June 2010

Program Bersama Yayasan Kariah Kupang(Pondok Pisang)

Baru-baru kami telah dikunjungi pelajar dari Pondok Pisang, Kupang..dan dikesempatan program tersebut pelabagai aktiviti telah disediakan....walaubagaimanapun disebabkan masalah teknikal saya mohon maaf kerana tidak dapat.Insyaallah saya akan cuba dapatkan gambar daripada pelajar Pondok Pisang....

21 May 2010

Gotong Royong Pelajar Kolej Komuniti Baling






Bertemu kembali, Pada Isnin 17hb Mei satu program gotong royong telah diadakan di asrama ini. Pada perbincangan awal saya bersama Cik Nurul iaitu Pengrah Program tersebut. sepatutnya majlis ini diadakan pada 15 Mei tetapi ditunda kerana masalah tertentu. Program ini melibatkan seramai 37 pelajar dari Kolej Komuniti Baling dan mereka semua terdiri dari pelajar wanita dan seorang pelajar lelaki.
walaupun mereka pelajar Perempuan tetapi semangat gotong-royong macam seorang lelaki.
Terima Kasih kepada Nurul dan rakan.

04 May 2010

STUDENT KOLEJ KOMUNITI BALING

Hari ini pihak kami telah menerima kunjungan dari seorang student Kolej Komuniti Baling ( Cik Nurul ) yang berminat untuk mengadakan Satu Program Amal antara pihak kami dan juga pelajar dari Kolej Komuniti Baling. Dalam perbincangan tersebut mereka akan mengadakan satu Program Gotong-Royong serta sedikit cenderahati kepada pelajar asrama ini. Insyaallah program ini akan diadakankan pada 15 Mei 2010 ini. Disini saya berharap sesiapa yang ingin menyumbang tenaga atau sponser boleh menghubungi saya dalam usaha kami untuk menjayakan program ini nanti.

01 May 2010

Majlis Tahlil


Pada Selasa 20 April 2010 yang lalu, satu Majlis Tahlil telah diadakan di Asrama AMAN. Dalam Majlis ini seorang hamba ALLAh yang telah menyumbangkan sejumlah wang ringgit untuk diadakan Majlis Tahlil tersebut.
Semoga ALLAH memberi rahmat kepada beliau sekeluarga.

p/s kepada individu yang ingin mengadakan jamuan untuk majlis makan bersama anak yatim sila hubungi saya

19 April 2010

GAMBAR KENANGAN





MAJLIS SUMBANGAN


Assalamualaikum bertemu kembali.
Pada 17 April 2010 telah berlangsung satu majlis di asrama ini bersama penduduk Keda Teluk Terduri, alhamdulillah anak-anak di asrama ini telah menerima sumbangan pakaian seragam sekolah yang telah disumbangkan oleh Perniagaan RB Maju Jaya Sdn. Bhd, di mana pemiliknya En Roslan dengan ikhlas menyumbangkan pakaian tersebut serta sumbangan zakat beliau kepada anak2 disini. Turut memeriahkan Majlis ringkas ini ialah YB ADUN Bayu iaitu Yb Azmi Che Hussain.
Pada awalnya pihak kami serta jawatankuasa Perumahan Keda Teluk Teduri merancang untuk mengadakan gotong royong, tetapi cuaca tidak mengizinkan. Walaubagaimanapun program yang diatur berjalan mengikut jadual.
Kesempatan ini saya ingin mengucapkan terima kasih yang tak terhingga kepada En Roslan, semoga Allah memurahkan lagi rezeki En Roslan sekeluarga, tidak lupa juga Yb ADUN Bayu yang turut memeriahkan majlis dan mudah-mudahan dapat membantu mengatasi masalah infra di Asrama AMAN. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada semua jawatankuasa Keda Teluk Teduri serta tak lupa pada Cikgu Ismail yang telah banyak membantu dalam menjayakan progam ini. Semoga tuan2 mendapat rahmat dan di murahkan rezeki.

08 April 2010

SUMBANGAN SEGERA



Assalamualaikum
Bertemu kembali, Di sini saya memohon kepada sesiapa yang ingin menyumbang bagi membaiki bumbung surau asrama yg telah bocor dengan kadar segera.

15 March 2010

Terputus Bekalan Air


Bekalan Air yg terputus sebelum bermula cuti sekolah, telah menyebabkan asrama ini mengalami masalah air sehinggakan tangki utama kering. Ini menyebabkan catuan air terpasa dijalankan untuk mandi..... banyangkan 1 baldi air utk seorang penghuni.

Perkhemahan

Hari ini merupakan hari yang pertama anak-anak dari Asrama Aman bermalam di Gunung Jerai. Kesemua mereka terlibat dalam satu perkhemahan anjuran Jabatan Kebajikan Negeri Kedah.... Muda-mudahan mereka memperolehi sedikit sebanyak Ilmu.
Terima Kasih Buat Jabatan Kebajukan Negeri Kedah

02 March 2010

"KEMPEN 1 BLOGGER, 1 FACE BOOK RM10"

Assalamualaikum...

Buat semua rakan-rakan serta pengunjung bloger.

Pihak kami sedang mengadakan satu kempen amal dari semua bloger terutamanya dari gengbogger yang sudi membantu.

"KEMPEN 1 BLOGGER, 1 FB RM10"

Blogger yang ingin menyampaikan sumbangan boleh menyalurkan terus ke akaun kami PERTUBUHAN AMANAH MASYARAKAT DAN MENDIDIK ANAK-ANAK YATIM BALING . No akaun NO. AKAUN: BANK ISLAM (2048010008659)

Sumbangan dari rakan-rakan Blogger diharap membantu pihak kami dalam terus membantu golongan yatim dan miskin.
Hanya ALLAH jua dapat membalas jasa anda.

wassalam.

Bacalah Cerita Ini...Renungkan lah

Kisah 1

Anak ini baru sahaja kehilangan ayahnya yang tersayang dalam usia baru mencecah 9 tahun,dan kini dia bergelar anak yatim. Tetapi apakan daya dalam usia semuda itu dia telah ditinggal ibunya tanpa kasih sayang. ibunya kini berkawin lain tetapi apa yang menyedihkan anak2nya ditinggalkan bersama kakak mereka tanpa diambil peduli...dia mempunyai seorang abang, atas faktor kemiskinan abangnya yang sulung terpaksa berhenti sekolah dikala PMR hanya 6 bulan saja lagi. Bayangkan bagaimana nasib dia serta adiknya, pada ketika itu baru sahaja Pra sekolah terpaksa hidup tanpa kasih sayang dari seorang ibu. Abang keduanya pula terlantar di Hospital kerana Lukiemia dan kini telah kembali ke ramatullah. Kini dua orang kakaknya ibarat sebagai ketua keluarga bagi pelajar ini. hidup dalam serba kekurangan...Tanpa berlengah, pihak kami telah menerima pelajar ini sebagai penghuni di asrama anak yatim ini.

Kisah 2.

Mempunyai 5 orang adik beradik tetapi nasibnya juga tidak seperti mereka yang mempunyai ayah dan ibu. Bapanya hilang entah kemana. Ibunya terpaksa menyerahkan semua anaknya kepada keluarga angkat.Kerana simpati seorang hamba Allah ini telah menerima salah seorang daripada mereka,walaupun beliau seorang yang miskin. Kini ibunya juga ibarat "penyu yang bertelur di pantai". Anak2 dibiarkan pada keluarga angkat tanpa apa jua berita darinya. Pelajar ini baru sahaja Darjah 3, tetapi beliau telah Khatam al-Quran.Kini pelajar ini tingal di asrama.

Kisah 3.

Kisah ini cukup menyayat hati, pelajar ini merupakan pelajar dalam golongan miskin.Dia adalah orang cukur bersabar dalam hidupnya. Ayahnya tidak dapat bekerja kerana sering sakit dan mereka menerima bantuan dari JKM yang diterima setiap bulan tetapi cukup sekadar pertengahan bulan sahaja untuk keperluan harian. Apa yang hendak diceritakan disini ialah keluarga ini amat miskin sehinggakan mereka tidak mampu membeli walaupun segenggam beras. Pernah dia mengadu mereka kadang2 dua hari tak makan nasi cuma "cucur kodok" jua yang dapat mengalas perut.Ada ketikanya pulahanya makan nasi berlauk kicap. Kini pelajar ini juga tinggal di asrama ini.tetapi bagaimana pula nasib keluarganya?

Mereka dalam cerita ini adalah penghuni asrama Aman. Kita sebagai Hamba Allah yang berada patut bersyukur atas nikmat yang Allah kurniakan pada kita. Masih ramai lagi golongan memerlukan bantuan dari kita, dan pihak kami sendiri masih kekurangan DANA bagi mengisi kekosongan untuk pelajar seperti ini di Daerah Baling ini.

28 February 2010

Penghuni Dan Pelajaran

Walaupun penghuni berlajar dalam serba kekurangan,namun pada PMR yang lepas asrama ini berjaya melahirkan pelajar bagi saya agak okay.Pelajar ini mendapat 3A dalam PMR 2009, manakala bagi pelajar yang lepas dua penghuni dari asrama ini berjaya dalam bidang masing-masing. Seorang penghuni kini sedang belajar di Universiti Al-Azhar Mesir manakala seorang lagi di Universiti Islam Antarabangsa(UIA).

Tahniah kepada mereka.

Terima Kasih LC4V Club





Sekitar gambar kenangan LC4V Motor Club bersama anak yatim.

Renungkanlah Kata-Kata Ini



Anak-anak muda ini sanggup korbankan masa dan wang ringgit mereka untuk membantu anak-anak yatim di Asrama Aman...Bagaimana dengan anda? Sumbangan anda dalam membantu asrama ini untuk mencari dana amatlah diharapkan...

Terima kasih LC4V Club atas usaha anda mengumpulkan dana dan menjayakan program di asrama ini

Program Dan Sumbangan

Untuk Mac 2010 kami mengalu-alukan tuan/puan atau kumpulan yang ingin mengadakan program amal boleh hubungi pihak pentadbiran ini.

23 February 2010

Aktiviti Mingguan



Setiap Jumaat kami adakan gotong royong...maklumlah kami dekat sini tak ada Tukang Kebun...Oleh itu terpaksalah Penyelia,Warden dan anak2 yang uruskan.

Bilik Bacaan


Sebahagian daripada penghuni asrama sedang mengulangkaji pelajaran. Bilik ini juga dijadikan bilik ICT penghuni

19 February 2010

Tidur Bertemankan Hujan


Walaupun asrama ini indah dari luar, ramai yang sangka kami ni "Orang Kaya" tapi tahukah anda anak2 yang ada disini kekadang terpaksa tidur dalam hujan. Bumbung tempat tinggal penghuni semakin hari semakin bocor. Walaupun ada usaha yang dilakukan untuk mengurangkan bocor namun keadaan bumbung yang uzur tetap uzur. Ibarat
'kulit kalau dah tua makin mengendur walaupun dah letak BOtox begitulah keadaan bumbung asrama"
Jesteru saya mempelawa tuan/puan datang dan lihat sendiri....

Saya juga ingin mengucapkan TERIMA KASIH yang tak terhingga kepada sebuah Syarikat Hartanah di Sg Petani yang perihatin kerana membaiki bumbung di Surau Asrama ini.
Semoga ALLAH memberi rahmat dan rezeki kepada tuan empunya syarikat. Berkat doa anak2 yatim ini semoga usaha murni syarikat tersebut diberi pahala yang berlipat ganda.

Tahniah



terima kasih kepada Cikgu Adi atas sumbangan anda mengajar anak-anak dari asrama ini...
dan TAHNIAH dan SELAMAT PENGANTIN BARU dari kami seluruh warga Asrama AMAN.

*** beliau telah bergelar Suami pada 16 Feb 2010.

HEBATNYA



"mereka bukan sahaja hebat di atas Kapal dan Bot Peronda malah mereka juga Hebat Bermotorsikal"

Terima kasih buat seluruh warga APAMM dan SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN AGENSI MARITIM KALI KE-5

KONVOI AGENSI MARITIM MALAYSIA ( APAMM )



Mereka bukan sahaja menjaga perairan kita, malah mereka juga berjiwa murni.
Terima kasih buat Warga APAMM yang terlibat dengan Majlis Konvoi Amal dan Gotong Royong.

thanks to Tuan Zainal

TERIMA KASIH INTEL KULIM


Terima kasih yang tak terhingga buat kakitangan INTEL Kulim terutamanya Puan Yati kerana beliau dan En Hisyam telah membantu kami untuk mendapatkan Notebook untuk Asrama AMAN

Masalah

Masalah yang di hadapi di peringkat asrama ialah masalah melibatkan sumber kewangan yang tidak mencukupi bagi menjalankan aktiviti yang melibatkan penghuni. Di sini disenaraikan 4 masalah umum. Masalah ini menyebabkan banyak aktiviti yang dirancang tidak dapat dilaksanakan kerana tiada peruntukan oleh pihak pentadbiran iaitu Pertubuhan Amanah Masyarakat Dan Mendidik Anak-Anak Yatim Dan Miskin, Baling. Masalah ini juga ini menyebabkan keperluan asas juga tidak dapat disediakan di asrama. Berikut adalah senarai 3 masalah umum :-


1.MASALAH SUMBER PENDAPATAN

Pihak asrama hanya menerima geran tahunan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat hanya RM 14,000.00 setahun. Geran yang disalurkan ini digunakan untuk membayar wang saku pelajar setiap hari persekolahan, penyelenggaraan asrama, elaun pekerja, guru kelas bimbingan dan bayaran masakan. Anggaran bagi kos tahunan adalah sebanyak RM 25 ribu hingga 30 ribu setahun. Buat masa kini pihak asrama telah menyediakan profail asrama bagi tujuaan mencari dana bagi menampung perbelanjaan asrama.


2.KEPERLUAN PEMBELAJARAN


Untuk pengetahuan, buat masa kini pelajar terpaksa menggunakan kantin sebagai tempat untuk belajar. Ini kerana kami masih tidak mempunyai kerusi serta meja untuk belajar.
Selain daripada itu juga pihak asrama juga amat memerlukan komputer bagi keperluan pejabat serta kelas komputer untuk pelajar. Harapan kami di sini sekiranya pelajar tersebut dapat melanjutkan pelajaran ke IPT dengan asas menggunakan komputer maka ianya memudahkan pelajar tersebut.

3.TENAGA SUKARELA

Buat masa kini pihak pentadbiran hanya menempatkan seorang penyelia dan seorang warden bagi menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan pengurusan di asrama..Pihak kami juga kurang tenaga sukarela bagi membantu menguruskan asrama, tenaga kerja yang masih lagi dipelukan adalah seperti berikut:-

a.tukang kebun.

b.guru bimbingan.





Kemudahan Sediaada

  • keadaannya di sini dari segi keselesaan penghuni kurang selesa jika ingin dibandingkan dengan asrama sekolah yang lain. Peralatan seperti katil dan almari yang penghuni yang usang dan kelengkapan pejabat yang tidak lengkap tidak menghalang kami untuk meneruskan kehidupan harian kami di asrama ini.
  • Untuk makluman umum surau yang ada di asrama ini adalah surau sementara ia hanya mampu menempatkan 30 jemaah sahaja dan surau tersebut juga tidak mampu menampung jemaah yang ramai sekiranya ada lawatan ke asrama, tambahan pula surau tersebut hanya mampu untuk menempatkan jemaah lelaki sahaja. Surau ini pada asalnya dijadikan pejabat pentabiran dan memandangkan blok asrama yang kosong kini dijadikan dewan maka surau tersebut di pindahkan ke tempat yang ada sekarang.
  • Dewan makan asrama pula dijadikan tempat untuk penghuni mengulangkaji pelajaran selain dijadikan tempat makan pelajar. Ini kerana pihak kami kekurangan peralatan seperti meja dan kerusi, maka kemudahan bilik bacaan tidak dapat disediakan untuk kemudahan pelajar walaupun mempunyai bilik kosong yang cukup.

Program Sediaada

  • Kompleks asrama ini sentiasa mengambil berat soal kebajikan penghuninya. Dengan sumber kewangan yang terhad namun diatas kerjasama pihak pentadbiran asrama beberapa aktiviti luar dapat jua dijalankan diasrama ini. Selain daripada aktiviti harian, aktoviti luar seperti kelas tambahan, kelas agama, kuiz pengetahuan am, cerama motivasi dan kaunseling juga turut diadakan diatas inisiatif penyelia dan juga warden asrama.


  • Setiap tahun pihak pentadbiran asrama menyediakan pelan rancangan tahunan dimana pelan ini disediakan oleh penyelia asrama agar setiap program yang dijalankan bersesuaian dengan tema serta masa. Untuk kelas agama pula setiap malam diadakan Kuliah Maghrib. Di mana waden asrama sendiri yang menyampaikannya.

  • Walaubagaimana pun sesetengah program tidak dapat dilaksanakan memandangkan tiada peruntukan oleh pihak pengurusan pertubuhan AMAN. Di antara program yang masih tertunda hingga sekarang ialah kelas komputer, kem motivasi ( luar kawasan asrama ) dan lawatan sambil belajar di luar kawasan Negeri Kedah.

18 February 2010

Objektif

  • Membantu anak-anak yatim dan miskin yang terpinggir dalam bidang pendidikan
  • Membantu golongan miskin yang tidak mampu member peluang pendidikan formal kepada anak-anak
  • Membantu dan mendidik penghuni dalam hal-hal yang berkaitan agama sahsiah dan pendidikan formal agar mereka menjadi golongan yang berakhlak dan berpelajaran serta dapat menjadi contoh kepada masyarakat.


Latar Belakang

  • Mula beroperasi pada September 2000 di mana jumlah penghuni pada ketika itu seramai 12 orang. Mereka ini terdiri daripada pelajar yang diketegorikan sebagai yatim dan miskin sekitar daerah Baling.
• Dikelolakan oleh Pertubuhan Amanah Masyarakat dan Mendidik Anak-Anak Yatim Dan Miskin Daerah Baling di bawah naungan Pejabat Daerah Baling di Pegawai Daerah Baling merupakan Pengerusi Pertubuhan. Manakala Ex-officonya dilantik di kalangan ketua-ketua jabatan di daerah Baling.
• Sumber kewangan asrama adalah melalui geran tahunan Jabatan Kebajikan Malaysia. Manakala selebihnya adalah sumbangan dari orang ramai
• Asrama ini mempunyai dua buah blok bangunan,sebuah blok dewan makan. Setiap blok mampu mengisi 50 penghuni dalam satu-satu masa. Pihak asrama hanya menggunakan satu blok sahaja yang dijadikan dorm penghuni manakala satu blok lagi dijadikan garaj untuk menyimpan basikal pelajar. Manakala dewan makan pula selain dijadikan tempat untuk penyediaan makan ia juga dijadikan tempat untuk pelajar mengulangkaji pelajaran mereka.


Pada tahun ini, jumlah penghuni asrama seramai 17 org yang tinggal di asrama, sedangkan permohonan dan jumlah anak yatim di Daerah Baling agak ramai. Jesteru itu kami merayu sekiranya tuan/puan dapat menyumbang terus ke tabung kami, supaya lebih ramai anak2 yatim dapat dibela nasib mereka.
Insyaallah

Sabda Nabi

Daripada Abu Hurairah r.a : Bahawa Nabi SAW telah bersabda " Setiap anggota manusia harus membuat sedekah setiap hari apabila matahari terbit. Engkau mendamaikan antara dua orang adalah sedekah. Dan engkau menolong seseorang menaiki tunggangannya atau pun engkau menolong mengangkat baginya barang-barang ke atas tunggangnya adalah sedekah, dan perkataan yang baik itu sedekah. Dan pada tiap-tiap langkah menuju ke tempat sembahyang adalah sedekah. Dan engkau menjauhkan bahaya dari jalan laluan juga menjadi sedekah. "

Dari Abu Hurairah r.a., dari Nabi SAW, dari Nabi SAW, yang bersabda : " Barangsiapa yang melapangkan seorang mukmin suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan dunia, nescaya Allah akan melepaskan dirinya dari suatu kesusahan dari kesusahan-kesusahan di hari kiamat.

Pengenalan

Assalamualaikum....

Syukur ke hadrat Illahi, akhirnya blog ini dapat jua disiapkan untuk tatapan kita bersama. Semoga dengan kunjungan dari tuan/puan para dermawan sedikit sebanyak dapat membantu Pihak Pengurusan Asrama Aman ini dapat mengumpul dana dan membantu golongan anak-anak yatim dan miskin yang ada di daerah Baling.